Saturday, 13 November 2010

Aku sedih

Hurm, seharian aku berada kat rumah.
Tapi malam nih entah la, hatiku berasa sedih sekali.
Tetiba malam ini, hati ini tersentuh dgn masalah umat sekarang ini.

Hurm, hidup hanya sekali. Ya, hidup sekali. Tetapi kenapa kita tidak gunakan untuk pengabdian kepada Allah sepenuhnya? Kenapa kita perlu mengikut haluan yang bengkok? Sedangkan Islam itu menyediakan jalan yang lurus bagi manusia.

Cuba lihat hari ini.
1) Masalah sosial amatlah teruk. Ramai yang mengaku Islam, tetapi hakikatnya tidak menggambarkan Islam itu sendiri. Zina, arak, judi, bunuh anak, tetak emak sendiri, dadah, seks rambang semua itu telah basi di akhbar-akhbar tempatan. Adakah kita sedar itu wahai saudaraku!

2) Banking. Mana sistem Islam? Mana sistem kita bangga2kan dulu. Sistem capitalis sekarang dah macam sepohon pokok yang besar, sukar untuk kita buang. Riba berleluasa, judi dah jd macam biasa. Apa nak jadi nih!!

3) Islam. adakah Islam tu hanya solat, puasa, haji? ooo tidak! islam tu menyeluruh!!!
dari hujung rambut smpai ke hujung kaki.. tetapi mengapa kita tidak amalkannya?? kenapa perlu kita ambik sebahagian dr Islam itu? dan menolak sebahagian yang lain? Renungkanlah!

Aku berharap moga2 generasi akan datang akan mengamalkan Islam sepenuhnya. Mungkin zaman aku ini, adalah gerhana kepada Islam. Tetapi apabila gerhana itu hilang, kita akan kembali!! Percaya la wahai saudara2 ku!!!!! Islam akan kembali!!! Tetapi, adakah kita hanya menunggu? Tidak mau kah kita serta dalam usaha menghilangkan Islam itu??? Renungkanlah~

Friday, 12 November 2010

Newbie

Kite bisa berbicara tentang ilmu,
Kite bisa berbicara tentang alam,
Namun setakat manakah?
Mampukah kite memikirkan selebih dari itu?
Sungguh tidak!
Kita tidak mampu.
Ilmu aku dan kamu semua hanya seperti air yang tinggal pada jari yang dicelup di lautan luas.
Sungguh ilmu Allah itu tiada bandingannya.
Tiada yang mampu menandingiNya kerana kita HAMBANYA!

Wahai manusia! Sedarkah kamu bahawa ALLAH itu wujud?
Ramai akan berkata, "Ya, kami sedar!"
Namun, berapa keratkah yang bertaqwa kepadaNya!!
Sedarkah kita, alam ini bukan selama-lamanya! Hanya sementara.
Sedangkan dunia ketika zaman Rasulullah sudah berbongkok tiga. Apatah lagi zaman sekarang!
Mungkin sekarang dunia telah nazak dengan perbuatan manusia sendiri!
Dunia sudah hampir penghujungnya.
Marilah kita bertaubat wahai manusia satu spesis denganku!
Takala matahari terbit di sebelah barat, pasti kamu menyesal!!

Ya! Sekarang ini kita sudah tidak berada di zaman-zaman kegemilangan!
Tapi mengapakah kamu harus membanggakan lagi zaman-zaman itu!!!
Itu hanya masa lepas!!! Sedarlah!!!
Masa depan menanti, kenapa harus dibanggakan masa lepas yang telah meninggalkan kita!
Ya! Pasti kamu tak berpuas hati dengan aku. Tetapi disebabkan perasaan kita seperti berada zaman kegemilangan itulah membuatkan kita alpa! kita leka! kita lupa asas-asas sebenar! kita lupa siapa kita sebenar!
Siapakah kita sebenarnya?? Adakah kita ini muslim yang sebenarnya?? Atau hanya menjadi pengotor kepada kesucian Islam??

Hari ini, sudah banyak fitnah terhadap agama aku, agama kamu juga, Rasulullah, dan juga Allah sendiri. Adakah kamu mahu menambahkan fitnah itu wahai saudara saudariku!!!! Cukuplah dengan pakaian yang ketat tapi bertudung! Cukuplah mengatakan diri Muslim tapi makan rasuah! Cukup!!!!!

Tunjukkan Islam sebenar!!
Aku mahukan Islam sebenar di bumi ini!! Islam seperti yang diimani oleh para sahabat!! Bukan Islam Hadhari!! Bukannya Islam pada tundung sahaja!! Bukan Islam hanya dalam akad nikah!! Aku mahukan semuanya Islam!! Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki!!
Dan pasti! Jika kita Islam semuanya, PASTI! Dunia ini akan selamat, aman dan makmur!!!