Kite bisa berbicara tentang ilmu,
Kite bisa berbicara tentang alam,
Namun setakat manakah?
Mampukah kite memikirkan selebih dari itu?
Sungguh tidak!
Kita tidak mampu.
Ilmu aku dan kamu semua hanya seperti air yang tinggal pada jari yang dicelup di lautan luas.
Sungguh ilmu Allah itu tiada bandingannya.
Tiada yang mampu menandingiNya kerana kita HAMBANYA!
Wahai manusia! Sedarkah kamu bahawa ALLAH itu wujud?
Ramai akan berkata, "Ya, kami sedar!"
Namun, berapa keratkah yang bertaqwa kepadaNya!!
Sedarkah kita, alam ini bukan selama-lamanya! Hanya sementara.
Sedangkan dunia ketika zaman Rasulullah sudah berbongkok tiga. Apatah lagi zaman sekarang!
Mungkin sekarang dunia telah nazak dengan perbuatan manusia sendiri!
Dunia sudah hampir penghujungnya.
Marilah kita bertaubat wahai manusia satu spesis denganku!
Takala matahari terbit di sebelah barat, pasti kamu menyesal!!
Ya! Sekarang ini kita sudah tidak berada di zaman-zaman kegemilangan!
Tapi mengapakah kamu harus membanggakan lagi zaman-zaman itu!!!
Itu hanya masa lepas!!! Sedarlah!!!
Masa depan menanti, kenapa harus dibanggakan masa lepas yang telah meninggalkan kita!
Ya! Pasti kamu tak berpuas hati dengan aku. Tetapi disebabkan perasaan kita seperti berada zaman kegemilangan itulah membuatkan kita alpa! kita leka! kita lupa asas-asas sebenar! kita lupa siapa kita sebenar!
Siapakah kita sebenarnya?? Adakah kita ini muslim yang sebenarnya?? Atau hanya menjadi pengotor kepada kesucian Islam??
Hari ini, sudah banyak fitnah terhadap agama aku, agama kamu juga, Rasulullah, dan juga Allah sendiri. Adakah kamu mahu menambahkan fitnah itu wahai saudara saudariku!!!! Cukuplah dengan pakaian yang ketat tapi bertudung! Cukuplah mengatakan diri Muslim tapi makan rasuah! Cukup!!!!!
Tunjukkan Islam sebenar!!
Aku mahukan Islam sebenar di bumi ini!! Islam seperti yang diimani oleh para sahabat!! Bukan Islam Hadhari!! Bukannya Islam pada tundung sahaja!! Bukan Islam hanya dalam akad nikah!! Aku mahukan semuanya Islam!! Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki!!
Dan pasti! Jika kita Islam semuanya, PASTI! Dunia ini akan selamat, aman dan makmur!!!
No comments:
Post a Comment